Latihan Induksi Untuk Pekerja Pusat Internet
5 Ogos 2019 | Aktiviti TerkiniPada 02 hingga 04 Ogos 2019 (Jumaat/Sabtu/Ahad) pihak Pusat Internet Krokong telah dipilih untuk membuat latihan induksi untuk pekerja Pusat Internet yang baru masuk bekerja dari Pusat Internet Pandan.Latihan induksi ini telah dijalankan di Pusat Internet Krokong yang bermula dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.Pihak Pusat Internet Krokong telah memberi tunjuk ajar tentang cara-cara proses latihan untuk pekerja Pusat Internet seperti bagaimana cara untuk membuat segala laporan,penerangan KPI 2019,isu disiplin,sistem kehadiran,borang,Mycomm,Cbc Data,Advocacy,Collection Report,dan sebagainya tentang fungsi di Pusat Internet.
Seramai 2 orang pekerja dari Pusat Internet Pandan yang hadir pada sesi latihan tersebut.Terima Kasih kepada pekerja dari Pusat Internet Pandan semoga segala tunjuk ajar dimanfaatkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: